ICOM Radio Programming Interface

Penulis: 9W2SHB Saleh  |  Kategori: Radio Amatur

Projek ini telah berjaya dibuat pada tahun 2008 setelah penat memasukkan frekuensi secara manual, setelah mendapat maklumat di internet saya memilih litar yang menggunakan 2 transistor sahaja.

Varoboard ICOM OPC-478 Programming Interface

Setelah diuji ianya boleh digunakan untuk icom handy dan rig, litar ini tidak dapat digunakan untuk lain-lain radio seperti yaesu memerlukan litar yang berbeza.

Di sini disertakan senarai komponen-komponen yang diperlukan:

  1. Q1-PNP TO-92,  2N3906
  2. Q2-NPN TO-92,  2N3904
  3. R1 Resistor, 33k
  4. R2 Resistor, 33k
  5. R3 Resistor, 150
  6. R4 Resistor, 15k
  7. R5 Resistor, 47k
  8. R6 Resistor, 4.7k
  9. Z1 Zener, 5.1V
  10. D1 Diode, 1N4148
  11. D2 Diode, 1N4148
  12. C1 Electrolytic Capacitor, 1 uF
  13. C2 Electrolytic Capacitor, 0.47 uF
  14. J1 Sub-D9-connector, Female
  15. J2 3.5mm Stereo Jack
  16. Veroboard

Kini senanglah apabila hendah mengemaskini frekuensi radio ICOM melalui perisian(software) PC sahaja, dengan hanya meigisi informasi di perisian dan kemudian tekan butang hantar ke radio sahaja. Selamat mencuba.

Tema untuk blog sudah disiapkan

Penulis: 9W2SHB Saleh  |  Kategori: Umum

Setelah siap memasang WordPress 3.0, bermulalah kerja-kerja menyiapkan tema wordpress untuk blog saya ini. Sedikit demi sedikit dilakukan pengbahsuaian pada PHP, alih bahasa ke bahasa melayu dan menyunting grafik-grafik akhirnya siap juga tema wordpress saya pada hari ini walaupun tidak berapa berpuas hati dengan hasilnya.

Masih ada beberapa ralat(*)  PHP lagi yang tidak dapat dikenalpasti di blog ini, walau bagaimana pun selepas ini saya akan mula menulis mengenai projek-projek homebrew yang pernah saya buat untuk nota sendiri dan juga panduan kepada rakan-rakan yang ingin melakukannya.

(*) ralat dijumpai di mana aksara >> dipermulaan halaman.